assalamualaikum...
skrg ni mcm2 dugaan ade....satu persatu ianya tiba untuk diriku.... may be...Allah nk suruh aku sabar utk semuanya,,...mmg sabar....tp aku rase terlalu berat sumenye... I nedd someone that can support me....for everything.... but InsyaAllah....Allah always be by my side... although I feel so down,,, I always think that ....nevermind...Allah always be there for me...Alhamdulillah.... what I have now,,, I think I only have Allah ..... because my family is far...so I cannot story everythg to my lovely mom n dad....ouhh...I really miss my family...
now, there are too many work that I have to do....so many thing...and at the same time... bad thing also happen to me... so, be strong Nabilah! u have to stand on your feet...
last monday, I already submit my essay....about lynas issue... but, I dont know....whats mark can I get.... after I collect and get all info about lynas,,, then I wrote an essay 965 words. so,,, this is my essay....
******************************************************************************
Tema bagi esei subjek Perlindungan Radiologi ini adalah berkaitan dengan “Isu Lynas”. Beberapa maklumat telah di kumplul. Setelah di kumpul segala maklumat dan fakta, di sini saya merumuskan dan mengulas tentang Isu Lynas yang sering di uar-uarkan oleh orang ramai. Isu Lynas sebenarnya merupakan isu ekonomi negara. Malangnya, isu ini telah di jadikan sebagai isu politik oleh sesetengah pihak.
Lynas Malaysia Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat Lynas Corporation Ltd yang multi-nasional. Visi utamanya adalah untuk menjadi pemimpin nadir bumi pada masa hadapan yang baharu . Justeru, Lynas merancang untuk menjadi penanda aras pada keselamatan bekalan dan pemimpin dunia dalam kualiti dan tanggungjawab alam sekitar kepada pelanggan antarabangsa. Bagi merealisasikan visi tersebut, kilang Lynas akan di bina di Gebeng, Kuantan.
Pada 22 Februari 2010, UGL Resources telah di pertanggungjawabkan dalam mereka bentuk kejuruteraan kilang Lynas di mana kos infrastrukturnya adalah mencecah sekitar RM700 juta. Lynas Advanced Material Plant, LAMP dibina di Malaysia disebabkan oleh kemudahan pelabuhan yang berdekatan, Bekalan gas asli dan bahan kimia yang sedia ada, Bekalan air yang mencukupi, Wujud tenaga kerja mahir dan Kos operasinya yang kompetitif secara global. Keluasan LAMP adalah menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah dan kedudukannya juga berhampiran dengan kilang industri yang lain.
Secara amnya, nadir bumi merupakan salah satu dari hasil bumi seperti mana logam dan unsur-unsur lain yang jarang dan sukar ditemui dalam kandungan bumi.
Menurut ‘International Union of Pure and Applied Chemistry ‘(IUPAC), nadir bumi mengandungi 17 unsur kimia dalam jadual berkala, khususnya 15 unsur Lanthanides, Scandium dan Yttrium. Penggunaan nadir bumi amat penting dalam penghasilan barangan berteknologi tinggi, daripada kabel serat optik hinggalah kepada telefon pintar dan automotif.
Sebagai contoh, sebahagian besar umum bateri mengandungi kadmium (Cd) atau timah. Dalam kebanyakan aplikasi, penggunaan Nadir Bumi adalah menguntungkan kerana kadar toksiknya yang rendah. Tambahan pula, nadir bumi ini bermanfaat dalam meningkatkan keupayaan tenaga, meningkatkan perlindungan alam sekitar dan pengecilan alat teknologi digital.
Walaubagaimanapun, pembinaan LAMP ini mendapat tentangan daripada sesetengah pihak khususnya penduduk setempat kerana mereka menganggap bahan nadir bumi yang bakal diimport dari Australia itu dikatakan mengandungi bahan radioaktif. Sehubungan dengan itu, Menteri Western Australia, Hon Norman Moore juga telah memaklumkan bahawa sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia. Oleh itu, rakyat berasa terancam.
Hal ini juga telah di gembar-gemburkan oleh ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang telah memutar belitkan fakta di mana faktor kejahilan mereka memahami isu sinaran yang sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya. Menurutnya lagi, kilang Lynas di Gebeng juga terletak dalam lingkungan 5 kilometer dari Laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancong sementara perairan tersebut juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama. Walhal, Bahan sisa Lynas hanya mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar mahupun pekerja.
Selain itu, Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Tentangan juga berlaku apabila peluang pekerjaan yang dibuka adalah sebanyak 350 orang sahaja dan Lynas menerima pengecualian cukai selama 12 tahun.
Pada pendapat saya, pembinaan kilang Lynas ini tidak mendatangkan mudarat kepada orang awam. Ini disebabkan dos sinaran untuk orang awam adalah terlalu rendah dan ianya adalah selamat. Dedahan sinaran Lynas untuk orang awam selama setahun ialah 0.002mSv. Berdasarkan daripada had dos yang di sarankan oleh Malaysia, had dos untuk orang awam adalah 1 mSv setahun manakala had dos bagi pekerja adalah 50 mSv setahun. Menurut undang-undang Pengangkutan Antrabangsa pula, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktif adalah rendah.
Tambahan pula, Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak mempunyai bahan radioaktif. Dalam Utusan Online yang bertarikh 30 Jun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan bahawa kilang bumi nadir Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang adalah selamat. Akan tetapi, syarikat Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan dalam pelbagai bidang sebelum ia boleh meneruskan operasi ke peringkat seterusnya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili juga menyokong pernyataan yang dilakukan oleh IAEA. Kedua-dua menteri tersebut berkata rumusan IAEA itu adalah tekal dan konsisten dengan pandangan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia yang telah melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara profesional dan memastikan bahawa Lynas mematuhi dengan standard keselamatan yang di perlukan.
Selain itu, dua orang saintis nuklear dan salah seorangnya yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Langat bersetuju kilang kimia Lynas adalah selamat untuk beroperasi. Menurut Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli iaitu Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan, risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya. Isu Lynas ini juga tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sedia ada di alam sekitar.
Manakala, menurut Dr Che Rosli Che Mat Saintis Nuklear dan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor, pembangkang hanya menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi sinarannya."
Secara kesimpulannya, Kilang Lynas bukanlah kilang nuklear. Ianya hanya kilang kimia biasa. Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE).
Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih manakala bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan. Kandungan radioaktif Lynas juga adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah. Justeru, kilang Lynas di Gebeng adalah selamat.
***********************************************************
-THE END-
so, rasenye bole dpt bape la agaknye....saya sndri pn xtahu..hmm... i hope everything will gonna be FINE....insyaAllah
No comments:
Post a Comment