Monday, December 28, 2009

kepada ....kaum hawa

assalamualaikum....
pesanan ini di tujukan kepada diriku sendiri dan manusia yg bergelar sebagai kaum hawa
Ilmu yg diriku cari sedikit sebanyak ingin di sampaikan kepada umat islam...

di sini ada bebrapa perkara yg wajib di ketahui oleh semua kaum hawa yg bergelar islam terutamanya....

semua ini adalah pesanan untuk kita semua...

Hadith Rasulullah S.A.W untuk kaum hawa:
1.Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
(menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2.Kaki (tumit kaki)
" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya)
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
An-Nur : 31


a) menampakkan kaki
b) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki


3.Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban


4.Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
dada-dada mereka "
An-Nur : 31


5.Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya "
Riwayat At-Thabrani


" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,
yang merubah ciptaan Allah "
Riwayat Bukhari dan Muslim


6.Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliyah yang dahulu "


a) bersolek ( make-up )
b) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahilliyah


7. Muka dan Tangan
" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
pakaian
yang

tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis
yang
telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari


8. Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi


9. Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya "
An Nur : 31


"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu
hanya
boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak
dibenarkan"
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi


10. Mulut ( suara )
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32


" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik)
dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam
bumi "
Riwayat Ibn Majah


11. Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan
berzina)"
An Nur : 31


"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya,
maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya"

Riwayat Al Bazzar


"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah"
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah


12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang ‘berlebih-lebihan’, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti"
Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah


" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain
untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan
mencium baunya "
Riwayat Bukhari dan Muslim


a) Berpakaian tipis / jarang
b) Berpakaian ketat / membentuk
c) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu


"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran
itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
Al Ahzab : 59


13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia
tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya"
Riwayat Bukhari dan Muslim


14. "Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati
suaminya,
segala makhluk, burung yang terbang, ikan di laut, malaikat di langit,
matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya.

semua input ini adalah untuk kebaikan kita bersama...mudah2 an dgn ilmu yg kita ada,kita akn dpt membantu sesama manusia...
apa yg baek hanya dari ALLAH..dan segala yg buruk datang dari diri kita sendiri…

WaAllahhua'lam



Doa tuk sahabt kepada sahabat:
o “Ya Allah, sesungguhnya dia adalah sahabatku, dia yang menganjurkanku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku melakukan kemungkaran. Dia juga yang menyedarkanku akan pertemuan dengan-Mu. Ya Allah jangan Engkau sesatkan dia sehingga Engkau memperlihatkan kepada-nya kenikmatan yang Engkau berikan padaku dan sampai Engkau meredhainya sebagaimana Engkau redha kepadaku .."

Friday, December 18, 2009

teman di kuburku...

AL - QURAN : TEMAN DI DALAM KUBUR

Sahabat2ku ,,,
Ape yg penting dlm idup kte?ape yg penting utk hidup dan mati kite?
Ilmu je?ibadah?akhlak??hmmm….ape ea????ape yg dpt jd panduan idup kte ea???hmmm…

Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:


"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada
syafaat
yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan
Nabi, bukan malaikat dan sebagainya" Melalui hadis di atas kita dapat
mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.


Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal
dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang
kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan,
orang itu akan datang mendiami =
antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai
akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir
cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat
pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang
gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku.
Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan
apa sekali pun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya
sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" .Selepas itu dia berpaling ke
arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah
membacanya kadang kala dengan = suara perlahan dan kadang kala dengan
suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
Munkar dan Nakir = ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan
untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - =
malaikat dari syurga"



Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah
kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan
mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat
itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak
diri kita sendiri. Ajal dan maut = adalah ketentuan Allah.
Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau
mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila =
berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat =
terulung dan janji Allah itu adalah benar.



Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi
syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan
hidayahnya.....AMIN!!!

penghayatan:
jika hatimu sakit,
ubatilah ia dgn diriku,
jika hatimu resah...kosong,,.,
ubatilah ia dgn diriku,
jika hatimu bergelora bak lautan tsunami,
maka ubatilah ia dgn diriku,
jika hatimu ceria bagai mentari yg bersinar hangat,
maka kau harus mengingati aku,
carilah aku,
bacalah aku,
jadikanlah aku kekasihmu,
kerna aku adlah sebuah AL-QURAN,
membela hidupmu di akhirat,
dan
sebaliknya menjadi pendakwamu jika kau alpa.....
nescaya aku tidak akan membela mu di akhirat kelak....
segalanya hanyalah utk org yg menjadikan aku sbg panduan hidup nya..
insyaallah

nukilan,
diriku.....

insyaallah...ape yg baek hanya dariNYA dan ape yg buruk hanyalah dtg dari diriku yang lemah....sekian....wassalam:-)

Thursday, December 17, 2009

diri sebenar manusia...


Assalamualaikum pembuka bicara,

sahabat2 sume,saya di sini ingn berkongsi sedikt ilmu yg tlah sy dpt drpd sahabat sy sendri....
manusia?????ape yg ada dgn manusia ye?ape peranan manusia?
ape tujuan idup manusia dbumi Allah ini???
bg sy,manusia ni dgelar sbg khalifah...ape maksud khalifah???peranan???
sebenarnya ape yg sy mahu coretkan di sini ialah diri sebenar manusia .....

adakah kte ni manusia yg taat pd pencipta kte???cuba kte hayati beberapa rangkap ayat di bawah....

Kita sebenarnya ...... Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram
Kita sebenarnya ...... Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
Kita sebenarnya ...... Lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat
Kita sebenarnya ...... Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
Kita sebenarnya ...... Lebih suka lepak, tidur,tengok TV daripada sembahyang
Kita sebenarnya ...... Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
Kita sebenarnya ...... Lebih suka menyebut hello! hai! daripada assalamuallaikum
Kita sebenarnya ...... Lebih suka menyanyi lagu daripada berwirid, bertahmid
Kita sebenarnya ...... Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
Kita sebenarnya ...... Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
Kita sebenarnya ...... Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama
Kita sebenarnya ...... Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
Kita sebenarnya ...... Lebih suka mencarut @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah
Kita sebenarnya ...... Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan
Kita sebenarnya ...... Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita
Kita sebenarnya ...... Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

haa...skrg cube kte lihat dri kte....adakah sume yg tercatat di atas sesuai dgn dri kite?bg sy sume nye btol2 belaka...memg kte manusia yg alpa pd pencipta...kite manusia yg lemah...dberi akal tp kte x pkir dgn lebih mendalam.....

TETAPI

bila orang tanya arah tujuan kita,

kita pasti akan jawab

KITA SEBENARNYA ......

Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka.

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT ??

hmmm...tepuk dada tanye hati....adakah baek tuk dri kte mjadi seorg yg talam dua muka,,,,????walhal kte lebh mengingati hal dunia drpd akhirat.....alpa dgn suruhannya...alpa dgn segala yg mendatangkan kebaikan dlm idup kte....adakah sume ini kte boleh menempatkan dri kite d syurga firdhaus?????

sy menasihati dri sy sendri dan sahabat2 sekalian adlah untuk mengingati tugas kite sbg khalifah dmuka bumi ini...sy akui,sy sendri pon tidaklah begitu sempurna...bg sy tiada seorang pon yg sempurna dlm idup....tiada seorg pon yg mpunyai hati yg begitu baik kerna stp manusia akan melakukan kesilapan....ape yg dpt membantu kte hanyalah istiqamah dlam melakukan kebaikan....Insyaallah kite mampu mengubah dri kite....amar ma'ruf nahi munkar,,.....

Oleh itu,Sempena awal muharam ini, marilah kita sama-sama memgubah diri kita ( jangan berazam semata-mata) dari sifat yang kurang elok ke arah budi pekerti yang lebih baik. Yang Tuhan suruh sama-samalah kita buat, yang dilarang sama-samalah kita pakat tinggal. Malu kita dengan Tuhan yang telah memberikan segala kenikmatan kepada kita, hamba-hamba-Nya tetapi kita masih lupa kepada-Nya. Mudah -mudahan Tuhan akan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lampau. Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka
mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
sekian dari sy...
ape yg baek hanyalah dari Allah dan ape yg buruk itu dtg daripada diri sy sendri.....wassalam

jatuh cinta?cinta cm ne ea?jom kongsi rasa ini ...

Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi; jangan terlalu sedih ... terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali; mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia; jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu; atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya.

Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu.

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. tetapi, sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini: saya tidak percaya dengan courtship(mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court'(sentiasa cuba memenangi) anda selamanya

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.

Terdapat cinta pandang pertama,tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya;merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan... Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan

Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya. Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka.

Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda, dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keihlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta, - ia bukan 'passport' untuk anda difahami;tetapi untuk anda memahami.- ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. - ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. - ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. - ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.

tuk sesiapa yg begelar manusia....

Cinta Illahi

Tika hujan membasahi pipi,

Tika angin bertiup sayup,

Tika Nur Bulan menyinari alam,

Kau telah memberiku seribu jawapan,

Bahawa…

Kau tidak mungkin lagi bersamaku,

Tidak lagi setia menantiku,

Kau dan aku akan berpisah……

PERPISAHAN???

Apakah maksud perpisahan ini?

Adakah ini penghujung mimpi indahku?

Aku tahu aku bukan lagi kekasih hatimu…..

Bukan lagi insan pertama dan terakhir dalam hatimu…

Aku jua tahu….

Aku bukan lagi separuh daripada nyawamu..

Tapi…

Adakah kau tahu,

Aku menjaga segala kaca hatiku hanya untukmu,

Sentiasa berharap agar diriku dapat melindungi sangkar hatimu,

Tapi kini,

Semuanya sudah luluh,

Tiada lagi serpihan yang dapat menghiasi hatiku,

Wahai hati ini,

Bersabarlah, bersabarlah dikau,

Walaupun merasa sakit kerana sembilunya,

HATI…

Kau harus tahu,

Mencintai seseorang yang bernama manusia …

Selalunya tidak begitu indah…

Tidak kekal selamanya…

Akibat manusia yang kian berubah…

Keindahannya Cuma seketika,

Namun,jika ku tahu kesakitanmu,

Aku tidak akan menyakiti dirimu,

Akan sentiasa memeliharamu,

Biar dikau senantiasa merah bak darah yang mengalir ,

Umpama lautan meluas yang tenang….

Pergilah dikau! Pergilah dikau dari sisiku,

Biar aku….biar aku yang mengubati sembilu ini,

Moga perpisahan aku dan dia ,

aku lebih dekat ,

dekat dengan diriNya,

yang lebih mencintai dan menyayangiku

dan mewarnai pelangi dalam hidupku…

Terima kasih….terima kasih,

Wahai tuhanku,

Kerana kau telah member rasa cinta padaku,

Hanya nikmat cintamu yang amat agung dan esa,

Dan

Hanya cintamu saja yang hakiki dan kekal abadi…

ikhlas mencipta,,

diriku