Thursday, December 17, 2009

tuk sesiapa yg begelar manusia....

Cinta Illahi

Tika hujan membasahi pipi,

Tika angin bertiup sayup,

Tika Nur Bulan menyinari alam,

Kau telah memberiku seribu jawapan,

Bahawa…

Kau tidak mungkin lagi bersamaku,

Tidak lagi setia menantiku,

Kau dan aku akan berpisah……

PERPISAHAN???

Apakah maksud perpisahan ini?

Adakah ini penghujung mimpi indahku?

Aku tahu aku bukan lagi kekasih hatimu…..

Bukan lagi insan pertama dan terakhir dalam hatimu…

Aku jua tahu….

Aku bukan lagi separuh daripada nyawamu..

Tapi…

Adakah kau tahu,

Aku menjaga segala kaca hatiku hanya untukmu,

Sentiasa berharap agar diriku dapat melindungi sangkar hatimu,

Tapi kini,

Semuanya sudah luluh,

Tiada lagi serpihan yang dapat menghiasi hatiku,

Wahai hati ini,

Bersabarlah, bersabarlah dikau,

Walaupun merasa sakit kerana sembilunya,

HATI…

Kau harus tahu,

Mencintai seseorang yang bernama manusia …

Selalunya tidak begitu indah…

Tidak kekal selamanya…

Akibat manusia yang kian berubah…

Keindahannya Cuma seketika,

Namun,jika ku tahu kesakitanmu,

Aku tidak akan menyakiti dirimu,

Akan sentiasa memeliharamu,

Biar dikau senantiasa merah bak darah yang mengalir ,

Umpama lautan meluas yang tenang….

Pergilah dikau! Pergilah dikau dari sisiku,

Biar aku….biar aku yang mengubati sembilu ini,

Moga perpisahan aku dan dia ,

aku lebih dekat ,

dekat dengan diriNya,

yang lebih mencintai dan menyayangiku

dan mewarnai pelangi dalam hidupku…

Terima kasih….terima kasih,

Wahai tuhanku,

Kerana kau telah member rasa cinta padaku,

Hanya nikmat cintamu yang amat agung dan esa,

Dan

Hanya cintamu saja yang hakiki dan kekal abadi…

ikhlas mencipta,,

diriku

2 comments:

  1. huhu.cinta manusia hanya sementara..x leh caye 100%..tul x?? hehe...

    ReplyDelete
  2. btol2222....manusai xkekal kt dunia nih...so same ar perasaan manusia sering berubah2...

    ReplyDelete