Friday, December 18, 2009

teman di kuburku...

AL - QURAN : TEMAN DI DALAM KUBUR

Sahabat2ku ,,,
Ape yg penting dlm idup kte?ape yg penting utk hidup dan mati kite?
Ilmu je?ibadah?akhlak??hmmm….ape ea????ape yg dpt jd panduan idup kte ea???hmmm…

Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:


"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada
syafaat
yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan
Nabi, bukan malaikat dan sebagainya" Melalui hadis di atas kita dapat
mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.


Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal
dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang
kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan,
orang itu akan datang mendiami =
antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai
akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir
cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat
pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang
gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku.
Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan
apa sekali pun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya
sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" .Selepas itu dia berpaling ke
arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah
membacanya kadang kala dengan = suara perlahan dan kadang kala dengan
suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
Munkar dan Nakir = ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan
untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - =
malaikat dari syurga"



Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah
kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan
mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat
itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak
diri kita sendiri. Ajal dan maut = adalah ketentuan Allah.
Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau
mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila =
berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat =
terulung dan janji Allah itu adalah benar.



Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi
syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan
hidayahnya.....AMIN!!!

penghayatan:
jika hatimu sakit,
ubatilah ia dgn diriku,
jika hatimu resah...kosong,,.,
ubatilah ia dgn diriku,
jika hatimu bergelora bak lautan tsunami,
maka ubatilah ia dgn diriku,
jika hatimu ceria bagai mentari yg bersinar hangat,
maka kau harus mengingati aku,
carilah aku,
bacalah aku,
jadikanlah aku kekasihmu,
kerna aku adlah sebuah AL-QURAN,
membela hidupmu di akhirat,
dan
sebaliknya menjadi pendakwamu jika kau alpa.....
nescaya aku tidak akan membela mu di akhirat kelak....
segalanya hanyalah utk org yg menjadikan aku sbg panduan hidup nya..
insyaallah

nukilan,
diriku.....

insyaallah...ape yg baek hanya dariNYA dan ape yg buruk hanyalah dtg dari diriku yang lemah....sekian....wassalam:-)

No comments:

Post a Comment